Kebitaraan rupa bentuk dan perancangan susun atur ruang rumah warisan melayu dari sudut pandang orientalis abad ke-19

M Yusuf A Adam Broughton, and Mazlan Mohd Tahir, and Mastor Surat, and Ismar Minang Satotoy Usman, (2023) Kebitaraan rupa bentuk dan perancangan susun atur ruang rumah warisan melayu dari sudut pandang orientalis abad ke-19. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 339-352. ISSN 0128-0198

[img] PDF
3MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Seni bina rumah warisan Melayu merupakan manifestasi kehebatan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu silam dalam membina dan merealisasikan rumah kediaman mereka. Falsafah, kepercayaan dan ritual di sebalik proses pembinaannya selain ciri reka bentuk rumah yang bitara dan responsif terhadap iklim tropika serta latar persekitaran semula jadi dapat mewujudkan keselesaan hawa dan penyejukan pasif pada ruang-ruang dalaman rumah. Unsur-unsur bitara ini banyak diketengahkan dalam kajian ilmiah tentang seni bina warisan Melayu oleh para penyelidik dan ahli akademik semenjak tahun 1980an hingga kini. Malah lama sebelum itu lagi catatan-catatan dan rekod orientalis barat seawal abad ke-19 dari para sarjana, ahli ilmiah, pegawai pentadbir serta pengembara luar turut mengakui keunggulan dan kehebatan seni bina rumah warisan Melayu ini di dalam hasil penulisan mereka. Namun begitu, catatan awal dan rekod primer orientalis ini jarang dirujuk pada masa kini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpulkan catatan-catatan penting orientalis tentang kebitaraan dan keunggulan seni bina warisan Melayu dan mencerakin perbandingan antara sumber lama ini dengan (i) hasil penulisan penyelidik tempatan yang lebih kontemporari/ terkini dan (ii) sesi temubual dengan beberapa tokoh pakar/ akademik dalam bidang pemuliharaan seni bina warisan Melayu hari ini. Kajian ini juga akan turut menganalisis kepentingan dan keberkesanan perancangan susun atur ruang-ruang asas yang terdapat dalam rumah warisan Melayu. Hasil kajian mendapati kedua-dua sudut pandangan dari penulis orientalis abad ke-19 dan penyelidik tempatan masa kini mempunyai persamaan dalam membicarakan tentang kebitaraan dan keunggulan seni bina rumah warisan Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Kebitaraan; Rupa bentuk; Susun atur ruang; Rumah warisan Melayu; Orientalis abad ke-19
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23480
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 May 2024 07:52
Last Modified:10 May 2024 01:55

Repository Staff Only: item control page