Prestasi akustik stesen MRT (Mass Rapid Transit) bawah tanah berdasarkan penggunaan bahan binaan

Najmie Jamaludin, and Nik Lukman Nik Ibrahim, and Ismar Minang, and Satotoy Usman, (2023) Prestasi akustik stesen MRT (Mass Rapid Transit) bawah tanah berdasarkan penggunaan bahan binaan. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 395-406. ISSN 0128-0198

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Penggunaan sistem perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT (Mass Rapid Transit) merupakan satu aspek penting dalam mewujudkan sebuah bandar yang terancang. Walaubagaimana pun, kesan daripada bunyi yang terhasil daripada keretapi dan kehadiran orang ramai mampu membuatkan ketenteraman persekitaran stesen terganggu. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji prestasi akustik di dalam stesen perkidmatan pengangkutan awam berdasarkan penggunaan bahan binaan stesen terhadap tahap keselesaan pengguna. Kajian ini akan dijalankan berdasarkan tiga kaedah pengumpulan maklumat. Kaedah kajian pertama melibatkan pengumpulan maklumat melalui sumber-sumber ilmiah seperti artikel, tesis dan juga buku berkenaan tajuk kajian bagi penentuan faktorfaktor pencemaran bunyi dan juga tahap optimum keselesaan pengguna. Kaedah kedua melibatkan pengumpulan maklumat di tapak kajian dengan mengukur kekuatan bunyi yang terhasil di setiap penjuru stesen dengan menggunakan meter desibel untuk merekodkan prestasi akustik sedia ada di dalam stesen. Kaedah ketiga ialah mengkaji ruangan stesen dengan menghasilkan ruangan stesen dalam bentuk 3D dan menjalankan simulasi pantulan bunyi menggunakan aplikasi I-Simpa. Stesen MRT Cochrane, Cheras merupakan lokasi yang dipilih sebagai kajian lapangan kerana ciri-ciri stesen yang terletak di bawah tanah dan tertutup. Berdasarkan daripada maklumat yang diperoleh daripada pengukuran di tapak dan simulasi komputer, kajian ini berhasil menentukan prestasi akustik stesen MRT bawah tanah tersebut dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan akustik menerusi pengolahan penggunaan bahan binaan.

Item Type:Article
Keywords:Akustik; Perkhidmatan awam; MRT; I-Simpa; Keselesaan pengguna
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23488
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:08 May 2024 05:58
Last Modified:10 May 2024 03:07

Repository Staff Only: item control page