Muhamad Rosly Talib, and Rafeizah Mohd Zulkifli, and Mohd Azlan Mohammad Hussain, (2023) Hubungan latihan keselamatan, peraturan dan prosedur keselamatan terhadap prestasi keselamatan anggota kerja GIATMARA. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (2). pp. 1-9. ISSN 0128-0198
|
PDF
614kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-2-2023/
Abstract
Prestasi keselamatan memainkan peranan penting dalam pembangunan pengurusan keselamatan di tempat kerja serta bertujuan untuk memastikan pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan di dalam organisasi. Prestasi keselamatan juga menyumbang dan menentukan kejayaan pelaksanaan program pencegahan kemalangan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara latihan keselamatan, peraturan dan prosedur keselamatan dengan prestasi keselamatan pekerja di GIATMARA. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang melibatkan 128 responden dalam kalangan warga kerja GIATMARA di negeri Perak. Hasil analisis statistik korelasi Pearson menunjukan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara latihan keselamatan (r = .496, p ≤ 0.01), serta peraturan dan prosedur keselamatan (r = .593 **, p ≤ 0.01) terhadap prestasi keselamatan. Hasil kajian ini membuktikan bahawa latihan keselamatan serta peraturan dan prosedur keselamatan mempengaruhi prestasi keselamatan sesebuah organisasi. Oleh itu, adalah penting bagi setiap organisasi untuk memastikan bahawa setiap pekerjanya menerima latihan keselamatan yang mencukupi dan disediakan dengan peraturan dan prosedur keselamatan yang teratur dan jelas.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Latihan keselamatan; Peraturan dan prosedur keselamatan; Penyertaan keselamatan dan prestasi keselamatan |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 23659 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 13 Jun 2024 12:24 |
Last Modified: | 21 Jun 2024 08:54 |
Repository Staff Only: item control page