Hubungan pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan Rakan Siswa Yadim

Umi Hanisah Jeshri, and Maizatul Haizan Mahbob, (2024) Hubungan pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan Rakan Siswa Yadim. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-27. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Komunikasi merupakan satu permasalahan yang sering berlaku dalam organisasi yang melibatkan isu kepuasan komunikasi khususnya dalam kalangan kakitangan bawahan. Kepuasan komunikasi ini dikaitkan dengan masalah persekitaran komunikasi, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi. Permasalahan inilah yang membawa kepada kajian ini dijalankan. Begitu juga dalam organisasi Rakan Siswa Yadim (RSY) tidak terkecuali daripada berlakunya permasalahan ini. Jika isu ini kurang diambil perhatian oleh pihak atasan, ia mendatangkan ketidakpuasan komunikasi dan mengakibatkan gerak kerja organisasi terganggu. Sebagai contoh kelancaran dalam merancang program boleh terganggu jika maklumat tidak disalurkan dengan baik. Oleh itu objektif kajian ini ialah untuk menganalisis hubungan pengurusan maklumat dari aspek persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan Rakan Siswa Yadim. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah, Teori Maklumat Organisasi Weick. Kaedah kajian yang dijalankan ialah kaedah tinjauan melalui soal selidik yang diedarkan menerusi google form. Seramai 130 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu korelasi. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan maklumat. Keputusan hubungan positif yang signifikan tidak semestinya tiada berlaku masalah komunikasi dalam organisasi ini. Perkara ini diesebabkan oleh masalah komunikasi akan berlaku dimana-mana sahaja organisasi, tetapi yang membezakannya adalah bagaimana anggota organisasi menyelesaikan masalah tersebut. Hasil Kajian ini telah menyokong dan mengesahkan teori Weick kerana menunjukkan korelasi yang signifikan dan positif. Kepuasan Komunikasi sememangnya mempunyai hubungan yang singnifikan dengan ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji dalam teori ini.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan maklumat; Kepuasan komunikasi; Rakan Siswa Yadim; Masalah komunikasi; Kepuasan maklumat
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23800
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Jul 2024 07:43
Last Modified:10 Jul 2024 07:58

Repository Staff Only: item control page