Kajian penghayatan ibadah dan kemahiran al-Quran dalam kalangan penduduk Pulau Tinggi, Mersing Johor

Naemah Hamzah, and Ahmad Che Yaacob, and Nurul Hajar Jamaluddin, (2024) Kajian penghayatan ibadah dan kemahiran al-Quran dalam kalangan penduduk Pulau Tinggi, Mersing Johor. Al-Hikmah, 16 (1). pp. 51-67. ISSN 1985--6822

[img] PDF
366kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Projek Penyelidikan dan University Social Responsibility (USR) digabungkan menjadi satu untuk memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan kerohanian dan jati diri muslim di Pulau Tinggi Mersing Johor. Projek ini melibatkan sembilan program yang dijalankan selama empat hari tiga malam secara bersemuka dengan penduduk kampung. Program yang terlibat ialah (1) Program Tahsin al-Fatihah; (2) Program Bengkel Pengurusan Jenazah; (3) Program Inovasi EKSA Bilik Kemahiran al-Quran Sekolah Agama Pulau Tinggi; (4) Program Smart Solat; (5) Program Penyelidikan Tahap Penghayatan Ibadah dalam Kalangan Penduduk Pulau Tinggi; (6) Solat Berjemaah, Solat Terawih dan Qiamullail; (7) Majlis Khatam al-Quran; (8) Iftar Sekampung dan yang terakhir program (9) Sumbangan Asnaf. Kajian Penghayatan ibadah dan Kemahiran al-Quran melibatkan 92 responden kajian dalam kalangan penduduk kampung. Metodologi kajian menggunakan soal selidik dan temu bual. Soal selidik disasarkan secara rawak kepada penduduk kampung yang beragama Islam dan berumur tujuh tahun dan ke atas. Sementara, kaedah temu bual dilakukan kepada Ketua Kampung Pulau Tinggi, Penghulu pulau-pulau, seorang guru Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi dan seorang guru Sekolah Agama Pulau Tinggi untuk mendapatkan data sokongan kajian. Hasil kajian dapat melihat bahawa tahap penghayatan ibadah adalah berada pada tahap sederhana dari segi kemahiran membaca al-Quran, penghayatan solat lima waktu, solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid. Antara kekangan yang berlaku adalah disebabkan faktor pekerjaan penduduk yang utama sebagai nelayan mempunyai jadual pekerjaan yang tidak menentu. Cadangan agar projek ini diteruskan secara berkala untuk membantu penduduk kampung di samping projek pembangunan ekonomi penduduk juga mestilah digiatkan secara bersama.

Item Type:Article
Keywords:Penghayatan ibadah; Kemahiran al-Quran; Pulau Tinggi
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:24098
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:03 Sep 2024 06:54
Last Modified:03 Sep 2024 06:54

Repository Staff Only: item control page