Meneroka strategi penyelesaian masalah dan daya tahan mahasiswa yang mengalami pengalaman trauma penderaan emosi

Siti Zulaikha Azlan, and Nurul Amira Hasni Khadijah Alavi, and Surendran Rajaratnam, (2024) Meneroka strategi penyelesaian masalah dan daya tahan mahasiswa yang mengalami pengalaman trauma penderaan emosi. Jurnal Personalia Pelajar, 27 (2). pp. 43-53. ISSN 0128-2735

[img] PDF
286kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Peningkatan penderaan emosi dalam kalangan mahasiswa disebabkan oleh institusi keluarga disfungsional, isu kewangan, tekanan kehidupan harian dan pengetahuan ilmu agama yang kurang. Kajian mengenai penderaan emosi dalam kalangan mahasiswa sangat kurang dan ia merupakan satu isu yang sangat serius yang memerlukan strategi bagi membendung isu kemurungan remaja. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk meneroka strategi penyelesaian masalah dan daya tahan dalam kalangan mahasiswa yang mengalami sejarah pengalaman penderaan emosi. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual mendalam separa berstruktur dengan mengaplikasikan pendekatan fenomenologi dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik dan transkrip data. Enam orang informan telah dipilih iaitu merupakan mahasiswa IPTA terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti informan pernah melalui fasa kehidupan keluarga yang sukar, beban hutang dan perpindahan tempat tinggal kerana ekonomi keluarga tidak stabil. Antara strategi penyelesaian masalah ialah meluangkan masa dengan rakan sebaya, mengalihkan aktiviti kepada hiburan dan hobi. Strategi daya tahan yang dipraktikkan oleh mahasiswa melalui sokongan mental (berfikiran positif, motivasi dan bimbingan daripada kaunselor). Justeru implikasi kajian membina program daya tahan bagi meningkatkan kefungsian dan psikososial klien yang mempunyai pelbagai keperluan kompleks terutama bagi kalangan mahasiswa dalam komuniti.

Item Type:Article
Keywords:Strategi Penyelesaian Masalah; Daya Tahan; Penderaan Emosi; Mahasiswa
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:24141
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:09 Sep 2024 02:41
Last Modified:10 Sep 2024 01:47

Repository Staff Only: item control page