Muhammad Faris Saiful Hishah, and Hasan Safar, and Ishak Ahmad, (2024) Penyediaan aerogel terubah suai polivinil alkohol/selulosa mikrohablur sebagai pemisah minyak/air. Sains Malaysiana, 53 (8). pp. 1819-1830. ISSN 0126-6039
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_...
Abstract
Insiden tumpahan minyak memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar, terutamanya kepada ekosistem hidupan akuatik yang seterusnya akan menjejaskan kesihatan manusia. Aerogel yang telah diubah suai mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai bahan pemisah minyak dan air. Pengubahsuaian terhadap permukaan aerogel menjadikan sifatnya berubah kepada oleofilik dan hidrofobik yang amat membantu dalam proses resapan minyak sekali gus menghalang kemasukan air ke dalamnya. Penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan aerogel PVA/MCC serta mengkaji potensinya sebagai pemisah air/minyak. Selain itu, kajian ini turut dilakukan untuk meneliti kesan kandungan MCC terhadap sifat hidrofobik dan mekanikal aerogel PVA/MCC. Aerogel dihasilkan dengan menggunakan kaedah pengeringan sejuk beku, kemudian, permukaannya telah dirawat dengan silana melalui kaedah pemendapan wap kimia (CVD) untuk memberikannya sifat hidrofobik dan oleofilik. Berdasarkan analisis FTIR, kumpulan berfungsi silanol (Si-OH) yang memberikan sifat hidrofobik kepada aerogel telah dikesan. Berdasarkan pemerhatian mikroskopi imbasan elektron (SEM), peningkatan kandungan MCC kepada komposit aerogel PVA dapat meningkatkan keporosan aerogel dan membuatkan permukaannya semakin kasar. Kemudian, melalui analisis sudut sentuh dan ujian mampatan pula, aerogel yang mengandungi 8%MCC mempunyai sudut sentuh tertinggi iaitu 143.13° dan kekakuan yang tinggi. Akan tetapi, melalui keputusan analisis jerapan fizikal, aerogel yang ditambah dengan 4%MCC mempunyai luas permukaan dan jumlah isi padu liang tertinggi iaitu 2.1302 m2 /g dan 0.002277 cm3 /g. Malah, ia juga mempunyai kapasiti penyerapan minyak yang tertinggi, iaitu 0.55 g/g. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, penambahan MCC telah meningkatkan potensi komposit aerogel sebagai pemisah minyak dan air.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aerogel; MCC; Penyerap minyak; PVA; Sudut sentuh |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24344 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 11 Oct 2024 03:48 |
Last Modified: | 11 Oct 2024 03:48 |
Repository Staff Only: item control page