Penjujukan eksom bagi penyakit jarang jumpa, mullerian agenesis dan agenesis anotectal anomaly: kajian kes

Siti Aishah Sulaiman, and Nor Azian Abdul Murad, and Yock, Ping Chow and Muhammad-Redha Abdullah-Zawawi, and Zam Zureena Mohd Rani, and Siti Nurmi Nasir, and Rahman Jamal, and Salwati Shuib, and Dayang Anita Abdul Aziz, and Hana Azhari, and Sharifah Azween Syed Omar, and Zarina Abdul Latiff, (2024) Penjujukan eksom bagi penyakit jarang jumpa, mullerian agenesis dan agenesis anotectal anomaly: kajian kes. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 22 (2). pp. 18-38. ISSN 1675-8161

[img] PDF
771kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1646

Abstract

Agenesis Mullerian atau Sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) Jenis II ialah kecacatan kongenital pada saluran Mullerian yang mengakibatkan ketiadaan uterus pada wanita. Etiologi sindrom ini tidak diketahui dan telah dianggap sebagai penyakit genetik sporadik. MRKH bersama dengan anomali anorektal, amat jarang berlaku dan hanya dilaporkan dalam beberapa kes sehingga kini, tanpa sebarang maklumat mengenai analisis genetik. Kajian ini dilakukan untuk menentukan profil mutasi kanak-kanak perempuan yang didiagnosis dengan MRKH dan anomali anorektal dengan fistula rektovagina. Analisis trio genetik penjujukan keseluruhan eksom (WES) terhadap seorang kanak-kanak perempuan Malaysia berusia 5 tahun yang didiagnosis dengan MRKH dan anomali anorektal dengan fistula rektovagina, dilakukan bersama dengan sampel ibu bapanya yang normal dengan menggunakan kit Ion AmpliSeq™ Exome RDY (Thermo Fisher Scientific). Data dianalisis menggunakan Torrent Suite v.5.0.4 dan dianotasi menggunakan ANNOVAR. Polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) dengan kekerapan alel >0.01 dikecualikan dan varian selebihnya ditapis berdasarkan mutasi de novo dan sifat pewarisan autosomal resesif dan digenik autosomal resesif. Gen yang berkaitan kemudiannya dianalisis dengan Analisis pengayaan fungsi dan tapak jalan (g:Profiler) serta interaksi protein-protein (HIPPIE v.2.3, STRING v.11.5, dan GeneMANIA). Sebanyak 36 mutasi telah dikenalpasti, dan dua daripadanya adalah LHX5 (p.P358Q) yang diwarisi daripada ayah dan CFTR (p.R1158X) yang diwarisi daripada ibu. Jumlah mutasi de-novo adalah sebanyak 28 mutasi dalam 28 gen. Kesemua gen-gen ini terlibat dalam 27 proses biologi yang dihubungkan dengan 23 interaksi. Sebanyak dua mutasi diwarisi dan 28 mutasi de-novo dalam 30 gen yang boleh berinteraksi antara satu sama lain dan berkemungkinan menyebabkan sindrom MRKH pada pesakit ini.

Item Type:Article
Keywords:Penyakit jarang jumpa; Mullerian Agenesis dan Anorectal Anomaly; Penjujukan eksom
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:24476
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:06 Nov 2024 08:02
Last Modified:07 Nov 2024 00:34

Repository Staff Only: item control page