Ilmu ketatanegaraan Melayu abad ke-19: kajian terhadap karya Raja Ali Haji

Khalif Muammar A. Harris, (2011) Ilmu ketatanegaraan Melayu abad ke-19: kajian terhadap karya Raja Ali Haji. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 79-101. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
161kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Makalah ini ingin mengetengahkan Raja Ali Haji (1808-1873) sebagai ilmuwan dalam bidang ilmu ketatanegaraan Melayu. Karya beliau Gurindam Dua Belas, Bustan al-Katibin dan Tuhfat al-Nafis telah mengangkat kesarjanaan beliau dalam bidang sastera dan sejarah. Dalam kajian ini penulis mendapati karya beliau Thamarat al-Muhimmah juga memiliki kehebatan yang tersendiri dan dapat dianggap sebagai karya besar dalam ilmu ketatanegaraan Melayu. Sebagai seorang penasihat raja yang berketurunan raja dalam Kesultanan Riau-Lingga, dan telah mendapat pendidikan yang luas terutama sekali dalam ilmu-ilmu agama, tujuan beliau menulis risalah ini adalah agar ia menjadi buku panduan (handbook) bagi para raja, orang besar, dan penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan peranan masingmasing. Antara perkara penting yang beliau bahas dalam risalah ini adalah: kepentingan akidah; kepentingan ilmu; pelantikan raja dan pemakzulannya; hukum menerima hadiah dan rasuah; kedudukan ulama’ atau ilmuwan dalam pemerintahan; prinsip keadilan; hubungan agama dan negara; pertalian antara hukum syara’, hukum akal dan hukum adat; tugas penjawat awam; tugas raja atau penguasa; kepentingan pemeliharaan jiwa, raga, dan kehormatan; sifat-sifat tercela yang mesti dijauhi oleh raja dan orang-orang besar demi kelanjutan bangsa dan negara. Semua permasalahan tersebut dijelaskan dengan padat dan ringkas, sehingga mudah difahami dan diamalkan oleh pembacanya. Karya ini juga menggambarkan kuatnya pengaruh kerangka pemikiran Islam dalam pandangan alam (worldview) ilmuwan Melayu ketika itu sebelum merebaknya kerangka pemikiran yang sekular dan liberal. Oleh kerana karya ini bersandarkan kepada karya-karya besar yang ditulis oleh ulama’-ulama’ besar dalam sejarah Islam yang panjang, risalah ini dapat dianggap sebagai karya kemuncak ilmu ketatanegaraan Melayu yang bersumberkan tradisi keilmuan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Ilmu ketatanegaraan Melayu; sains politik Islam; Kesultanan Riau-Lingga; Raja Ali Haji; Thamarat al-Muhimmah
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3310
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:13 Jan 2012 07:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page