Pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa melayu bagi murid prasekolah bermasalah pendengaran

Jamila K.A. Mohamed Kutty, and Mohd Hanafi Mohd yasin, and Rosadah Abd.Majid, (2012) Pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa melayu bagi murid prasekolah bermasalah pendengaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 111-127. ISSN 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

235kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu bagi murid prasekolah bermasalah pendengaran. Pelaksanaan pengajaran tersebut diteroka melalui: (i) tanggapan guru terhadap keupayaan belajar murid, (ii) jangkaan guru terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan menulis, dan (iii) aktiviti kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu yang dilaksanakan bagi murid bermasalah pendengaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif kajian kes dengan melibatkan 12 orang guru prasekolah yang mengajar di 12 buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Data diperoleh menerusi teknik temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Perisian NVivo8 digunakan bagi membantu menyusun data serta tema-tema yang muncul hasil daripada data yang dikumpulkan. Hasil kajian menunjukkan guru prasekolah berpegang kepada model defisit yang melihat kepada kekurangan murid. Beberapa ciri murid dikenal pasti sebagai menggambarkan tanggapan guru terhadap keupayaan murid untuk belajar Bahasa Melayu. Tanggapan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan menulis, malah dicerminkan menerusi aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran Bahasa Melayu. Dapatan ini menunjukkan guru prasekolah memerlukan latihan khusus dalam melaksanakan pengajaran membaca dan menulis bagi murid bermasalah pendengaran. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada pihak kementerian Pelajaran Malaysia, Bagi merancang strategi peningkatan profesionalisme guru prasekolah pendidikan khas masalah pendengaran.

Item Type:Article
Keywords:membaca; menulis; tanggapan; jangkaan; guru prasekolah; masalah pendengaran.
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:4644
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 May 2012 13:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:36

Repository Staff Only: item control page