Perkembangan teori kepemimpinan Islam-Melayu di pascabima sejak kedatangan Islam hingga kini

Shaharir, Mohamad Zain (2013) Perkembangan teori kepemimpinan Islam-Melayu di pascabima sejak kedatangan Islam hingga kini. International Journal of the Malay World and Civilization, 1 (1). pp. 19-38. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
213kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/jurnal

Abstract

Ilmu kepemimpinan (dan ilmu akrabnya, kepengurusan) ditunjukkan sarat nilai, iaitu berbeza daripada yang dimiliki oleh suatu bangsa dengan suatu bangsa yang lain. Ini bukan sekadar mengikut teori amnya tentang tidak neutralnya barang ilmu seperti yang dibahaskan oleh sarjana Barat (yang biasnya diwakilkan kepada Kuhn) dan Timur (yang biasanya diwakilkan kepada Nasr) tetapi menerusi kajian etimologi istilah pimpin dan urus itu sendiri berbanding dengan istilah sepadannya dalam bahasa Inggeris, lead dan manage. Bukti juga ditunjukkan menerusi berbezanya andaian sifat manusia, yang menjadi sumber landasan pembinaan dan wadah penerapan sesebuah teori kepemimpinan itu, mengikut falsafah Barat dari zaman Yunani hinggalah pasca-modenisme berbanding dengan 23 sifat manusia yang diperoleh daripada al-Qur’an. Bukti lainnya menerusi catatan buku-buku kepengurusan yang dinyatakan asas falsafahnya termasuklah yang agak baru dan menjadi rujukan perbandingan utama di dalam makalah ini, iaitu teori kepengurusan Kirkeby kerana pendekatan beraksiomnya dan pengakuan asas falsafahnya, Katholikisme. Teori kepemimpinan Islam-Melayu yang dianggap tertua ialah yang dicungkil daripada Hikayat Raja Pasai oleh anu diikuti daripada Taj al-Salatdin oleh al-Jawhary, Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang, dan Bustan al- Salatdin oleh al-Ranyry. Namun kemungkinannya juga yang tertuanya ialah yang dicungkil daripada peribahasa yang dibicarakan awal-awalnya lagi di dalam makalah ini. Kelemahan setiap teori ini diserlahkan. Perkembangan teori kepemimpinan Islam-Melayu kontemporer yang dibicarakan di sini ialah teori Alhabshi dan teori PAS dan UMNO menerusi Islam Hadhari-nya. Kelemahan ketiga-tiga teori ini juga ditonjolkan dan sebuah teori kepemimpinan Islam-Melayu mutakhir yang berasaskan pada gabungan teori PAS dan Islam Hadhari itu diutarakan menerusi 8 aksiom kepimpinan. Akhirnya dipaparkan sebuah ringkasan ulasan kepada teori kepemimpinan terbaru karya Ary yang didakwanya sebagai pengislaman teori Nisbah Emosi Goleman dan Nisbah Rohani Zohar-Marshall untuk menghasilkan teori ESQ beliau. Kesimpulannya banyak kelemahan dan pertentangan teori Ary itu dengan gagasan pengislaman ilmu dan malangnya dengan Islam sendiri.

Item Type:Article
Keywords:tabii ilmu kepemimpinan dan kepengurusan ; kepemimpinan Islam-Melayu ; aksiom kepemimpinan ; sejarah teori kepemimpinan Melayu ; pengislaman teori kepemimpinan ; kritikan ilmu kepemimpinan ; kajian perbandingan teori kepemimpinan
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:6391
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:11 Jul 2013 03:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page