Keupayaan Bahasa Melayu di persada antarabangsa

Ku Hasnita, Ku Samsu and Adlina, Ab Halim and Mohd Hafiz, Sulaiman (2013) Keupayaan Bahasa Melayu di persada antarabangsa. International Journal of the Malay World and Civilization, 1 (1). pp. 55-65. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
654kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/jurnal

Abstract

Dewasa ini, bahasa Melayu di bumi Malaysia dilihat seperti kurang bermaya dan diperkecil oleh bangsa sendiri. Buktinya dapat dilihat apabila Institusi Pengajian Tinggi terutamanya swasta (IPTS) lebih memartabatkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga nampaknya cenderung ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diwajibkan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Oleh yang demikian, timbul beberapa persoalan mengenai nasib bahasa Melayu di bumi sendiri sekiranya institusi yang berpaksikan budaya intelektual juga turut menganaktirikannya. Mampukah bahasa yang pernah menempa kegemilangan pada zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini bersaing di persada antarabangsa? Justeru, makalah ini akan mengupas secara mendalam dan tuntas mengenai persoalan tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan ini tidak bermaksud untuk menafikan realiti keperluan menguasai ilmu pengetahuan melalui bahasa Inggeris, malah agenda yang perlu diberi penekanan adalah memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Item Type:Article
Keywords:bahasa Melayu ; keupayaan bahasa Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:6393
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:11 Jul 2013 03:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page