Kelestarian pantun : rencah dan leluhur bangsa dulu, kini dan selamanya

Siti Hajar, Che Man (2013) Kelestarian pantun : rencah dan leluhur bangsa dulu, kini dan selamanya. International Journal of the Malay World and Civilization, 1 (1). pp. 75-81. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
118kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/jurnal

Abstract

Pantun sebagai hasil kreatif manusia Melayu yang terawal. Dikatakan juga pantun sebagai khazanah silam yang amat bernilai, melambangkan genius manusia Melayu yang tinggi nilai sasteranya. Malahan pantun turut mempunyai nilai dokumentari yang tiada tandingannya. Pantun juga merupakan salah satu genre asli kesusasteraan menjadi wahana bagi pengucapan dalam berbagai jurusan aktiviti kehidupan masyarakat.. Tidak ketinggalan pantun juga dijadikan alat ekspresi bagi kehidupan yang lebih tinggi iaitu moral dan agama, aspek-aspek yang lebih kompleks yang membawa kepada pemikiran kosmologi dan kosmogoni yang lebih bersifat abstrak berbanding dengan kehidupan seharian. Istimewanya pantun dapat merakam cara hidup dan aktiviti kehidupan dibayangkan dengan mengeksploitasi unsur-unsur alam yang melatari dan melingkungi persekitaran setempat. Berdasarkan tanggapan dan pandangan tersebut, maka kertas kerja ini akan meninjau tentang kerelevanan dan kesignifikan pantun di era pembangunan negara dan pembangunan insan yang begitu kuat dihambat oleh teknologi maklumat. Justeru di manakah hala tuju pantun? Apakah pantun masih relevan? Adakah pantun perlu diubahsuai supaya selari dengan keadaan semasa? Perlulah pantun hanya dijadikan sebagai pelengkap dan penyedap majlis? Adakah wajar pantun hanya dijadikan bahan gurauan? Berdasarkan permasalahan itu, fokus kertas kerja ini cuba meninjau bagaimana pantun sebenarnya adalah adat dan adab segala rencah budaya leluhur yang halus, tinggi dan murni. Justeru pantun perlu hadir bersama pembangunan negara sebagai asas pembentukan tamadun dan budaya. Sesungguhnya fungsi pantun terlalu tinggi darjatnya.

Item Type:Article
Keywords:kosmologi ; tamadun ; budaya dan leluhur
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:6395
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:11 Jul 2013 04:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:41

Repository Staff Only: item control page