Zuliskandar Ramli , and Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, and Ros Mahwati Ahmad Zakaria, and Norlelawaty Haron, and Mohd. Rohaizat Abdul Wahab, and Adnan Jusoh, (2014) Pembentukan kerajaan awal di Nusantara antara Abad I masihi hingga 5 masihi berdasarkan sumber bertulis dan data arkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia, 27 . pp. 85-104. ISSN 0128-0732
Microsoft Word
39kB |
Official URL: http://archaeo.web44.net/jam.htm
Abstract
Sumber Yunani pernah menyebut dalam catatannya bahawa ketika di pelabuhan di India, penulisnya sedar dengan kehadiran segerombolan kapal-kapal dan i Nusantara menuju ke India membawa kargo-kargo yang banyak untuk didagangkan di India pada awal abad Masihi lagi. Hal ini menunjukkan dengan jelas sejak awal abad Masihi lagi sudah wujud kerajaan-kerajaan Melayu yang berasaskan kepada kerajaan maritim dan dipercayai mempunyai sistem politik clan sosio-budaya yang maju dan tersusun serta jaringan perdagangan dengan masyarakat antarabangsa. Lokasi dan nama kerajaan-kerajaan awal ini diperoleh daripada sumber China yang pada mulanya amat sukar dikenal-pasti lokasi sebenar kerajaan ini oleh kerajaan ini oleh sarjana-sarjana yang cuba menterjemahkan kerana pelbagai dialek yang ada. Antara kerajaan-kerajaan maritim awal yang wujud adalah seperti Funan dan Lin-} (Champa) yang terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam, Pan-Pan dan Tun-Sun di utara Semenanjung Malaysia, Langkasuka dan Kataha di Semenanjung Malaysia, Chih-tu yang mana lokasinya masih menjadi perdebatan tetapi dipercayai terletak di Tanah Merah, Kelantan, Kiu-Li (Pahang), Barusai (Barus), Ko-Ying juga masih menj adi perdebatan lokasinya tetapi dipercayai terletak di barat Jawa, Si-Tiou di pesisir bahagian tengah Jawa, Poll sama ada di Bali atau bahagian timur Jawa, P 'u-lo-chung berkemungkinan di Sarawak atau Brunei, Chu-po di pesisiran timur Sabah dan Kutei di Kalimantan. Kerajaan¬kerejaan awal ini muncul kerana perdagangan yang wujud dengan Funan yang pada masa itu muncul sebagai sebuah kuasa politik- dan ekonomi yang kuat. Faktor lain ialah perdagangan yang amat aktif antara Empayar Rom dengan India pada awal abad Masihi dan berterusan sehingga abad ke 3 Masihi. Situasi ini digunakan sebaik mungkin oleh pedagang-pedagang Melayu di Nusantara dengan terlibat secara langsung ataupun sebagai orang tengah dalam pola perdagangan di Funan dan India.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | perdagangan; Melayu; Langkasuka; Kataha; Funan; Semenanjung Malaysia |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 7087 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 May 2014 13:25 |
Last Modified: | 11 May 2014 15:21 |
Repository Staff Only: item control page