Penyesuaian diri mualaf terhadap masyarakat dalam kalangan pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP)

Marlon P. Guleng, and Razaleigh Muhamat@Kawangit, and Abu Dardaa Mohamad, (2014) Penyesuaian diri mualaf terhadap masyarakat dalam kalangan pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP). Al-Hikmah, 6 . pp. 78-93. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Penyesuaian diri diertikan sebagai interaksi seseorang individu terhadap dirinya, orang lain, masyarakat dan dunia luar secara terus menerus. Isu cabaran mualaf dalam penyesuaian diri terhadap masyarakat sering dikaitkan dengan kejadian murtad disebabkan keyakinan mereka terhadap Islam masih tidak begitu kukuh dan mereka gagal menyesuaikan diri serta kecewa dengan situasi baru yang dihadapi. Kajian ini bertujuan menganalisis jenis cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf dan bentuk pendidikan serta latihan amali yang dilaksanakan oleh Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) dalam mendidik dan melatih golongan ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis tahap penyesuaian diri mualaf terhadap masyarakat. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan terhadap 100 responden mualaf di IDIP Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Soal selidik telah diedarkan menggunakan persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling). Data yang diperoleh diproses dan dianalisa secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences versi 20. Terdapat dua bentuk cabaran utama yang dihadapi oleh golongan mualaf selepas memeluk Islam. Antaranya ialah disindir oleh keluarga kerana memeluk Islam dan dilabel sebagai masuk Melayu. Manakala dapatan kajian berkaitan pendidikan dan latihan yang dilaksanakan oleh IDIP terhadap golongan mualaf memberikan keputusan yang positif di mana keberkesanannya dapat dilihat menerusi kemampuan golongan ini dalam menyesuaikan diri terhadap masyarakat dengan nilai dapatan skor yang tinggi. Kajian ini memberi implikasi yang baik terhadap perkembangan dakwah dalam mencari satu kaedah baru bagi membantu para pendakwah Muslim dalam penyebaran dakwah Islamiah di kalangan bukan Islam di negara Malaysia khususnya.

Item Type:Article
Keywords:penyesuaian diri; cabaran; mualaf; masyarakat; pendidikan; latihan amali.
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:7724
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Oct 2014 04:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:44

Repository Staff Only: item control page