Bacaan intertekstual terhadap tafsir Nur al-Ihsan: kajian menurut kaedah ekserp.

Mohd Sholeh Sheh Yusuff, and Mohd Nizam Sahad, (2014) Bacaan intertekstual terhadap tafsir Nur al-Ihsan: kajian menurut kaedah ekserp. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (2). pp. 53-63. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
165kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat di dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan bacaan intertekstual dengan memberi tumpuan kepada kaedah ekserp. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kaedah analisis teks dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al- Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Nasafi, Tafsir Ibn Kathir, dan Tafsir al-Tha’labi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jamal.

Item Type:Article
Keywords:Tafsir Nur al-Ihsan; Syeikh Muhammad Sa’id; kaedah analisis teks; bacaan intertekstual; kaedah ekserp; Tafsir al-Jamal
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7755
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:30 Oct 2014 12:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page