Strategi pengenalan teks ilmiah berbahasa Melayu: dimensi nahuan.

Idris Aman, and Benazir Tanjung Fatkur Rahman, (2014) Strategi pengenalan teks ilmiah berbahasa Melayu: dimensi nahuan. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (2). pp. 113-120. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
157kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Tanggapan umum mengatakan wujud perbezaan wacana ilmiah antara bidang sains tulen dengan sains sosialkemanusiaan. Tetapi aspek apa dan setakat mana perbezaannya kurang dihuraikan. Dari segi linguistik, perbezaan yang memang ketara dan disedari wujud ialah perbezaan laras bahasa, iaitu adanya variasi dalam penggunaan kosa kata dan istilah. Bagaimanapun, yang menjadikan sesuatu peristiwa bahasa itu sebuah wacana bukan sahaja aspek kosa kata, malah aspek-aspek lain turut memainkan peranan, seperti nahuan, kandungan, sifat kewacanaan, dan konteks penghasilannya. Penggemblengan semua aspek ini dalam penghasilan teks dinamakan sebagai ‘strategi wacana’. Makalah ini berhasrat mendapatkan sebahagian jawapan daripada tanggapan tersebut. Untuk itu, kajian ini menghuraikan dan menjelaskan empat strategi nahuan yang digembleng oleh teks saintifik kedua-dua bidang tersebut di dalam bahasa Melayu, iaitu adverba awal ayat, jenis proses, jenis ayat, dan jenis tematik melalui pemanfaatannya oleh penulis berwibawa di dalam jurnal beriktiraf. Data dibataskan pada bahagian pendahuluan teks sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pola umum penggemblengan keempat-empat aspek nahuan tersebut tidak memperlihatkan strategi wacana yang sangat berbeza. Kedua-dua bidang banyak menggembleng adverba awal ayat jenis situasi melebihi jenis yang lain, ayat bertema luar biasa berbanding ayat bertema biasa, ayat sederhana berbanding ayat rencam, dan proses lakuan. Persamaan strategi wacana daripada empat aspek nahuan ini memperlihatkan bahawa dalam penghasilan wacana kedua-dua bidang ini, yang lebih dipentingkan ialah nilai dan tuntutan ilmiah, dan bukannya bidang.

Item Type:Article
Keywords:Strategi wacana; teks ilmiah; nahuan; adverba awal ayat; Bahasa Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7760
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:30 Oct 2014 12:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page