Institusi Raja-Raja Melayu: peranannya dalam memelihara kedudukan Islam dari sudut perlembagaan.

Nazri Muslim, (2014) Institusi Raja-Raja Melayu: peranannya dalam memelihara kedudukan Islam dari sudut perlembagaan. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (2). pp. 121-127. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
102kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana, mereka adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja dahulu. Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam soal ini ialah perlembagaan hanya menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, dalam hal persoalan agama dibiarkan untuk dikendalikan oleh institusi beraja. Makalah ini akan melihat peranan institusi beraja dalam menjaga kedudukan Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Institusi Raja-Raja Melayu; Islam; Perlembagaan Persekutuan Malaysia; etnik
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7761
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:30 Oct 2014 12:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page