Dorongan pemelukan agama Islam dalam kalangan komuniti minoriti di sebuah negeri majoriti Melayu.

Azarudin Awang, and Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, (2014) Dorongan pemelukan agama Islam dalam kalangan komuniti minoriti di sebuah negeri majoriti Melayu. International Journal of the Malay World and Civilization, 2 (3). pp. 3-12. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
736kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Pemelukan agama merupakan perpindahan kepercayaan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik yang disebabkan pelbagai faktor. Perihal yang sama berlaku dalam kehidupan komuniti Cina yang merupakan 2.4 % daripada jumlah penduduk di negeri Terengganu. Objektif kajian ini adalah melihatkan faktor pemelukan agama Islam dalam kalangan masyarakat Cina di negeri Terengganu dan bagaimana fenomena ini berlaku. Kajian deskriptif ini, dilakukan dengan menggunakan metod kualitatif iaitu dengan temu bual ke atas 20 orang Saudara Baru Cina yang memeluk Islam di negeri Terengganu. Selain itu, temu bual juga dilakukan ke atas tiga orang tokoh yang terlibat secara langsung dalam menjaga kebajikan Saudara Baru Cina di negeri Terengganu. Kajian mendapati komuniti Cina Muslim di negeri Terengganu memeluk agama Islam kerana faktor pergaulan dengan rakan Muslim, perkahwinan, pengkajian, hidayah dari Ilahi dan dorongan dari keluarga yang telah memeluk agama Islam.

Item Type:Article
Keywords:Dorongan; pemelukan; komuniti; minoriti; Melayu; Agama Islam;
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7778
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:02 Nov 2014 12:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page