Hashim Musa, and Rozita Che Rodi, and Salmah Jan Noor Muhammad, (2014) Sejarah ringkas warisan perkapalan tradisional Melayu. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (3). pp. 31-42. ISSN 2289-1706
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/
Abstract
Peradaban Melayu lama dengan lokasi petempatannya di kepulauan Melayu merupakan peradaban maritim sesuai dengan kedudukannya yang strategik di persimpangan jalan perdagangan laut antara dunia Barat dan dunia Timur. Lokasi petempatan dan pemerintahannya berpusat di bandar-bandar pelabuhan utama di wilayah ini. Sistem angin monsoon yang bertiup dengan berbeza arah pada musim panas dan musim sejuk dan ketiadaan angin pada antara dua musim itu, membawa kapal daripada arah yang berbeza-beza, dan semasa ketiadaan angin mereka terpaksa tinggal di pelabuhan yang memberi peluang bagi para pedagang untuk menjalankan urusan mereka. Kapal dan perahu tentu sekali memainkan peranan yang penting dalam suasana perdaganan maritim demikian, dan sejak awal lagi pedagang maritim Melayu telah menggunakan pelbagai jenis kapal untuk menjalankan perdagangan itu. Artikel ini akan menelusuri tiga jenis warisan kapal orang Melayu yang digunakan dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan maritim pada zaman lampau; iaitu jenis kapal besar bagi penjelajahan di lautan dan antara benua, jenis kapal sederhana bagi penjelajahan di antara pelabuhan di Alam Melayu dan jenis kapal atau perahu kecil untuk kegiatan di pinggir pantai dan sungai.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Warisan bangsa; kepulauan Melayu; perdagangan maritim; angin monsun; jenis-jenis kapal tradisional; perahu |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 7782 |
Deposited By: | Mrs Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 02 Nov 2014 12:18 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page