Candi Sungai Batu (Tapak SB1): kearifan tempatan dalam teknologi pembuatan bata dan seni bina candi.

Zuliskandar Ramli, and Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, and Adnan Jusoh, and Muhammad Rizal Razman, (2014) Candi Sungai Batu (Tapak SB1): kearifan tempatan dalam teknologi pembuatan bata dan seni bina candi. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (3). pp. 43-50. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Dalam melihat kepada perkembangan masyarakat di Sungai Batu terutamanya yang melibatkan kearifan tempatan beberapa petunjuk telah diperoleh hasil daripada penyelidikan yang dijalankan terutamanya penyelidikan arkeologi dan juga analisis secara saintifik. Penyelidikan arkeologi telah berjaya menemukan beberapa jumpaan penting antaranya ialah sebuah struktur yang diperbuat daripada batu bata yang diduga sebagai sebuah stupa, sebuah inskripsi, relau untuk melebur besi, alat batu dan beberapa artifak lain seperti tembikar tanah, seramik asing, alat perhiasan, manik dan kaca. Penyelidikan arkeologi berjaya mendedahkan dua lapisan budaya yang utama iaitu lapisan budaya masyarakat pra-Buddha atau pra-candi yang diwakili oleh jumpaan alat-alat batu dan relau melebur besi manakala lapisan kedua ialah lapisan budaya masyarakat yang sudah menerima pakai agama Buddha yang diwakili oleh jumpaan sebuah stupa dan inskripsi. Analisis saintifik yang melibatkan teknik pendarfluor Sinar-X dan pembelauan Sinar-X telah membuktikan bahawa bata yang digunakan untuk membina Candi Sungai Batu telah menggunakan bahan mentah tempatan maka penglibatan masyarakat tempatan dalam pembinaan candi ini tidak dapat disangkal lagi. Beberapa aspek kearifan tempatan dalam sains dan teknologi hasil daripada penyelidikan di Sungai Batu adalah bagaimana masyarakat tempatan berjaya dalam menguasai teknik melebur dan menghasilkan produk besi seawal-awalnya pada abad ke-2 Masihi dan bagaimana mereka juga mahir dalam menghasilkan bata dan membina candi pada abad ke-6 Masihi secara langsung membuktikan masyarakat di Sungai Batu amnya dan Lembah Bujang khasnya sudah mengusai asas kepada sains dan teknologi.

Item Type:Article
Keywords:Sungai Batu, pendarfluor Sinar-X, pembelauan Sinar-X, Lembah Bujang, Kedah, penyelidikan arkeologi, teknik melebur, tapak candi
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7783
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:02 Nov 2014 12:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page