Proses pemendekan dalam pembentukan kata submorfologi Bahasa Melayu: satu tinjauan awal.

Muhammad Marwan Mohd Tanos, and Nik Safiah Karim, (2014) Proses pemendekan dalam pembentukan kata submorfologi Bahasa Melayu: satu tinjauan awal. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (3). pp. 51-65. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Lazimnya, pembentukan kata mengandungi proses penggabungan atau pencantuman morfem dasar dengan morfem(-morfem) lain, misalnya pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Walau bagaimanapun, terdapat pembentukan kata yang tidak menjadikan morfem sebagai asas untuk menghasilkan perkataan baharu, seperti yang terlihat dalam pengeratan, penggabungan, pengakroniman, dan pengabjadan. Proses-proses pembentukan kata yang tidak menunjukkan sifat morfologi ini boleh digelar sebagai pembentukan kata tidak mofologis atau pembentukan kata submorfologi. Seperti yang terjadi dalam dunia pengkajian lingusitik Barat, sarjana-sarjana bahasa Melayu mempunyai percanggahan dan ketidaktekalan dalam banyak aspek analisis mereka berkenaan pembentukan kata submorfologi bahasa Melayu. Artikel ini bermatlamat untuk mengulas bentuk-bentuk kependekan yang ada dalam bahasa Melayu dengan menggunakan taksanomi dan pendekatan pembentukan kata submorfologi Lopez Rua. Teori ini secara umumnya dapat mengkategorikan item-item pemendekan bahasa Melayu, lantas dapat menjadi kerangka untuk pembentukan kata submorfologi bahasa Melayu. Namun, terdapat sejenis bentuk kependekan unik dalam bahasa Melayu yang tidak dijelaskan teori sarjana Barat ini, yang dalam artikel ini dirujuk sebagai bentuk kata wakil.

Item Type:Article
Keywords:Morfologi; pembentukan kata; tidak morfologis; submorfologi; pemendekan; penyingkatan; akronim; Bahasa Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7784
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:02 Nov 2014 12:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page