Pengaruh Bahasa Jawa dalam pembauran kod golongan muda Melayu berketurunan Jawa.

Mohammad Firdaus Pawit, and Normahdiah Sheik Said, (2014) Pengaruh Bahasa Jawa dalam pembauran kod golongan muda Melayu berketurunan Jawa. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2 (3). pp. 77-85. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
622kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau dan menilai sejauh mana pengaruh penggunaan bahasa Jawa menimbulkan fenomena pembauran kod dalam pertuturan dalam kalangan golongan muda. Kajian ini meninjau sejauh mana bahasa Jawa diamalkan oleh golongan muda yang berketurunan Jawa di kampung Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Penulis juga mengenal pasti tempat-tempat yang menjadi kebiasaan dan kekerapan bagi golongan muda menuturkan bahasa Jawa serta mengemukakan contoh-contoh percampuran bahasa Jawa dan bahasa Melayu dalam perbualan seharian. Penyelidikan ini telah dilakukan melalui temu bual dan soal selidik. Kaji selidik dijalankan ke atas 40 orang responden golongan muda yang berumur 6 hingga 25 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa golongan muda pada peringkat rendah kurang menguasai penggunaan bahasa Jawa dan menyebabkan mereka mencampurkan bahasa Jawa dalam bahasa Melayu dalam komunikasi. Fenomena ini jika berlarutan dikhuatiri akan mengakibatkan kesalahan penggunaan bahasa, baik bahasa Melayu mahupun bahasa ibunda. Kajian ini penting bagi memberikan jaminan agar bahasa Melayu terus dimartabatkan seterusnya bahasa Jawa yang merupakan bahasa ibunda terus dipelihara dan tidak akan hilang penuturnya begitu sahaja. Kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa penggunaan bahasa Jawa mempengaruhi fenomena pembauran kod dalam bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Jawa; percampuran kod; golongan muda; multilingual; bahasa ibunda; Bahasa Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:7785
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:02 Nov 2014 12:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:45

Repository Staff Only: item control page