Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, and Mohd Isa Hamzah, and Wan Norina Wan Hamat, (2014) Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif pengurusan jenazah politeknik Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 5 (2). pp. 25-42. ISSN 1985-6236
|
PDF
809kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jiae/
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai satu perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) multimedia interaktif berpendekatan tutorial bagi tajuk “Pengurusan Jenazah” berasaskan CD-ROM. Perisian kursus ini disediakan berdasarkan sukatan kursus Pendidikan Islam 2 (AA201) Politeknik Malaysia. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash CS3 Professional berasaskan model reka bentuk pengajaran ADDIE (2007) yang mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Untuk menilai perisian ini, kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala Likert lima pilihan telah digunakan. Seramai 40 orang pelajar semester tiga dan 16 orang pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak telah dipilih sebagai sampel kajian. Data-data kemudiannya telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 13.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian PPBK yang dibangunkan ini memenuhi keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Perisian PPBK ini juga telah menerapkan konsep pengajaran dan pembelajaran. Kombinasi pelbagai media dalam perisian PPBK ini iaitu teks, grafik, animasi dan audio menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, aktif dan menyeronokkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), Multimedia Interaktif, Pengurusan Jenazah. |
Journal: | JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education |
ID Code: | 7829 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Nov 2014 09:17 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:45 |
Repository Staff Only: item control page