Saranan HAMKA terhadap Perpaduan Bangsa Serumpun Malaysia – Indonesia

Kamarul Baharin A. Kasim, and Asyaari Muhamad, (2015) Saranan HAMKA terhadap Perpaduan Bangsa Serumpun Malaysia – Indonesia. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (3). pp. 3-13. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
227kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal

Abstract

Hamka adalah tokoh Nusantara yang sinonim dengan gelaran ulama dan menulis lebih dari 100 buah buku dalam pelbagai bidang. Bukan setakat sifat ulamak yang menjadikan beliau dikagumi tetapi kemampuannya sebagai pemimpin, penulis, pemikir, pujangga dan pejuang bangsa menjadikannya milik masyarakat Nusantara. Penulisan ini akan memperlihatkan bagaimana sifat keperibadian dan karisma Hamka dalam memperjuangkan penyatuan bangsa serumpun Malaysia-Indonesia berdasarkan ilham dan cita-cita sepanjang tempoh kehidupannya. Timbulnya isu-isu yang menggugat keharmonian kedua negara ternyata telah mencabar semangat serumpun yang diwarisi sejak ratusan tahun. Roh dan semangat serumpun semakin meminggir malahan tidak disedari oleh sebahagian generasi baru kerana identiti negara bangsa yang bersifat patriotik. Hamka telah menyedari bakal berlakunya pemecahan identiti bangsa dan kerosakan terhadap nilai serumpun sekiranya tidak dipertahankan oleh Malaysia dan Indonesia. Melalui kajian dan mengabstrakkan hasil-hasil karya Hamka sama ada dalam bidang sejarah, politik, novel, falsafah, tafsir dan biografi, beberapa elemen yang menyatukan bangsa serumpun akan dilihat sebagai bukti bahawa Hamka mempunyai cita-cita dan misi dalam menyatukan bangsa serumpun. Melalui penulisannya, Hamka menjadikan Melaka sebagai lambang kejatuhan bangsa serumpun di samping memperjuangkan pemikiran agama sebagai penyatuan. Selain perjuangan menangkis pengaruh luar yang melemahkan bangsa, Hamka menjadikan bahasa, tulisan dan sastera sebagai lambang penyatuan bangsa serumpun. Penolakan terhadap sikap sentrik dan pengukuhan identiti bangsa serumpun merupakan perjuangan dalam memastikan umat Melayu dan Islam di kedua negara bersatu. Jumpaan terhadap perjuangan Hamka melalui karya dalam bidang sejarah, bahasa, budaya dan agama ini boleh dijadikan panduan dalam konteks negara serumpun bagi memastikan perhubungan negara bangsa yang lebih harmoni dan beridentitikan dunia Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Hamka; Nusantara; Bangsa serumpun; Malaysia; Indonesia
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8543
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:14 May 2015 04:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page