Arba'ie Sujud, and Salihahs Razak, and Siti Rabiatul Adawiah Jaffar, (2015) Pemikiran Politik: Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Novel Shahnon Ahmad. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (1). pp. 67-78. ISSN 2289-1706
|
PDF
234kB |
Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal
Abstract
Makalah ini adalah untuk melihat pemikiran politik: pemimpin dan kepimpinan dalam novel Shahnon Ahmad iaitu novel Shit, dan Patriarch. Makalah ini didasarkan kepada sikap pemimpin politik yang sering ditimbulkan oleh pengarang dalam karyanya yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri dalam dunia politik tanah air. Selain itu makalah ini juga ingin melihat sejauh mana kepincangan dalam dunia politik akibat daripada sikap pemimpin kerana karya yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya melihat permasalahan dalam dunia politik yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri yang pernah terlibat dalam politik di tanah air dengan mengemukakannya dalam bentuk karya kreatif. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis pemikiran politik pemimpin dan kepimpinan yang terdapat dalam novel-novel Shahnon Ahmad. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan, menganalisis kandungan teks dan pengaplikasian teori Konseptual Kata Kunci bagi menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pemikiran politik dalam novel Shahnon Ahmad iaitu pemikiran politik tentang pemimpin dan kepimpinan yang melihat kepada sikap pemimpin yang berperwatakan negatif dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Rumusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa keduadua buah novel Shahnon Ahmad mempunyai pemikiran politik pemimpin dan kepimpinan berdasarkan analisis teori Konseptual Kata Kunci.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Politik; pemimpin dan kepimpinan; kepincangan; sikap negative; teori konseptual kata kunci; Shahnon Ahmad |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 8549 |
Deposited By: | Mrs Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 14 May 2015 04:38 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page