Intertekstualiti dalam Wacana Muamalat

Mohamad Fitri, Mohamad Yusoff and Zaitul Azma, Zainon Hamzah and Pabiyah, Haji Maming and Hjh. Nor Azuwan, Yaakob (2015) Intertekstualiti dalam Wacana Muamalat. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (1). pp. 91-105. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
274kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal

Abstract

Perkembangan muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional telah membuahkan praktis sosial tersendiri memandangkan muamalat merupakan risalah Allah yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Perbahasan terhadap keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun penelitian terhadap wacana muamalat masih belum dilakukan secara kritis bagi mengenal pasti praktis sosial muamalat dan cara wacana muamalat memperteguh praktis sosial tersebut. Justeru makalah ini adalah bertujuan untuk; 1) Mengenal pasti praktis sosial wacana muamalat yang dimanfaatkan dalam kerangka sistem ekonomi konvensional; dan 2) Menjelaskan praktis wacana muamalat (intertekstualiti) dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kirtis (AWK) Fairclough. Sebanyak 3 buah Teks Penyataan Pengerusi dan 4 buah Teks Ulasan Operasi Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang dikumpul dari tahun 2009 hingga tahun 2012 dijadikan sebagai bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah Ihsan. Praktis sosial ini mempengaruhi praktis wacana muamalat khususnya dari aspek intertekstualiti. Hal ini terbukti apabila penyisipan unsur ‘metawacana’ secara eksplisit lebih ketara berbanding elemen intertekstualiti yang lain. Kajian ini juga mendapati bahawa AWK berjaya membongkar pertalian dialektikal antara praktis sosial muamalat (Ihsan) dengan praktis wacana (intertekstualiti).

Item Type:Article
Keywords:Wacana muamalat; praktis social; analisis wacana kritis; kerangka sistem ekonomi konvensional
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8551
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:14 May 2015 04:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page