Mesej pengarang : satu penelitian terhadap novel Anak Titiwangsa karya Sasterawan Negara Keris Mas

Mohd Daud Ibrahim, and Rohaidah Kamruddin, (2015) Mesej pengarang : satu penelitian terhadap novel Anak Titiwangsa karya Sasterawan Negara Keris Mas. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 17-25. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Keupayaan komponen sastera dalam menyampaikan buah fikiran dan pengajaran kepada masyarakat adalah sesuatu yang amat positif. Buah fikiran pengarang merupakan mesej yang diolah dalam karya kreatif ialah sesuatu yang lahir dari sifat pengarang yang inginkan pembacanya menerima dan menjadikan amalan sepanjang hidupnya. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh Keris Mas yakni penulis novel Anak Titiwangsa. Makalah ini akan mengaplikasikan Teori Konseptual Kata Kunci yang telah diperkembangkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan. Berdasarkan teori ini, mesej pengarang akan dibincangkan berdasarkan tiga prinsip teori tersebut iaitu prinsip kepengaruhan yang melihat pengaruh yang menjadikan pengarang itu menyampaikan mesej tersebut, prinsip pemilihan kata pula berkenaan frasa ataupun kata kunci yang menggambarkan mesej pengarang dalam novel ini dan akhir sekali prinsip kesan yang melihat mesej-mesej pengarang yang cukup sempurna dalam menjadikan teras kepada pembangunan akal minda masyarakat berdasarkan dua prinsip sebelumnya iaitu prinsip kepengaruhan dan prinsip pemilihan kata. Makalah ini diharap dapat menambahkan lagi kajian berkenaan karya sasterawan negara yang mempunyai seribu satu manfaat kepada masyarakat khalayak pembacanya.

Item Type:Article
Keywords:Mesej; Anak Titiwangsa; Prinsip kepengaruhan; Prinsip pemilihan kata; prinsip kesan; Novel sastera; Karya Sasterawan Negara; Keris Mas
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8937
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:02 Aug 2015 08:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page