Elemen motivasi intrinsik dalam model pembangunan diri remaja dari perspektif Islam : kajian terhadap Motivasi Alihan Pelajar (MAP) di Kuala Lumpur

Nur Shahidah Paad, and Yusmini Yusoff, and Norrodzoh Siren, (2015) Elemen motivasi intrinsik dalam model pembangunan diri remaja dari perspektif Islam : kajian terhadap Motivasi Alihan Pelajar (MAP) di Kuala Lumpur. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (1). pp. 43-51. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Remaja adalah generasi penting kepada masa depan negara. Oleh itu, negara amat memerlukan remaja yang membangun secara holistik dari segenap aspek, spiritual, emosi, intelek, sosial dan fizikal. Namun, perubahan zaman pada era globalisasi kini menjadi cabaran kepada proses pembangunan tersebut. Motivasi adalah elemen yang amat penting dalam usaha membangunkan diri remaja di samping mengekang masalah sosial. Hakikatnya, motivasi didapati semakin merosot pada usia remaja. Justeru, suntikan motivasi menerusi program motivasi bermodul adalah amat penting. Dengan menggunakan metode analisis kandungan secara holistik, kertas ini cuba mengupas elemen motivasi intrinsik dari perspektif Islam yang digunakan di dalam modul Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Berdasarkan analisis, Modul Motivasi Alihan Pelajar didapati telah menerapkan keempat-empat elemen motivasi pembangunan diri dalam perspektif Islam seperti yang tersebut. Paradigma yang digunakan di dalam modul ini boleh menjadi rujukan kepada semua pihak yang bertanggungjawab untuk membentuk pembangunan diri remaja yang lebih sempurna.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi, Perspektif Islam, Pembangunan diri, Remaja, Modul Motivasi Alihan Pelajar, Sahsiah
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8938
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Jul 2015 16:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page