Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial

Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 95-119. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
317kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Kajian ini menganalisis sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan juga sifat ekonomi masyarakat Melayu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu era pra-kolonial. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperoleh di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Objektif kajian adalah merungkai sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu, sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial, dan kesan perdagangan antarabangsa ke atas ekonomi Semenanjung Tanah Melayu pada masa ini. Semenanjung Tanah Melayu menjadi fokus kajian kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu akan memfokuskan kepada kawasan Pantai Timur dan utara. Sementara kajian-kajian yang diterbitkan oleh sarjana Barat lebih memberi penekanan terhadap negeri-negeri di kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, majoriti masyarakat Melayu pada masa itu tertumpu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu. Berbeza dengan hasil kajian sarjana Barat, kajian ini akan melihat sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu itu sendiri. Ia membolehkan penyiasatan yang mendalam terhadap sejauh mana struktur sosioekonomi orang Melayu berubah hasil perdagangan antarabangsa. Hasil dapatan kajian menunjukkan masyarakat tradisional tempatan dilihat mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya berbentuk feudalisme serta terdiri daripada satu masyarakat tunggal sebelum kedatangan kolonialisme British.

Item Type:Article
Keywords:Ekonomi, masyarakat Melayu, perdagangan antarabangsa, pra-kolonial, Semenanjung Tanah Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8942
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Jul 2015 15:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page