Dakwah dalam dimensi kerohanian penjagaan paliatif menurut pendekatan Badi' al-Zaman Sa'id al-Nursi

Muhammad Rif'aat Razman, and Salasiah Hanin Hamjah, (2015) Dakwah dalam dimensi kerohanian penjagaan paliatif menurut pendekatan Badi' al-Zaman Sa'id al-Nursi. Al-Hikmah, 7 (1). pp. 33-47. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
818kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Dakwah adalah seruan untuk mengajak supaya kembali mengamal dan menghayati ajaran Islam. Ia meliputi pelbagai aspek kehidupan dan melibatkan segenap lapisan sosial. Ini termasuklah dakwah yang disampaikan kepada golongan pesakit yang berada di ambang kematian agar mereka dapat mengakhiri kehidupan dengan baik dan mendapat ḥusn al-khatimah. Di dalam bidang perubatan, konsep rawatan dan penjagaan bagi pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan tiada harapan untuk sembuh dikenali sebagai penjagaan paliatif (palliative care) yang merupakan suatu bentuk khidmat penjagaan yang biasanya ditawarkan di hospis. Sungguhpun begitu, dapat diperhatikan bahawa dakwah kepada golongan pesakit di ambang kematian ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Justeru itu, artikel ini dihasilkan untuk mengkaji pemikiran al-Nursi berhubung konsep dakwah beliau terhadap golongan pesakit dalam konteks dimensi kerohanian penjagaan paliatif. Kajian ini menggunakan metodologi kajian analisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan dakwah al-Nursi dalam penjagaan paliatif ini mengambil metode emotif dengan menggunakan uslub al-maw’idzahal-ḥasanah dan al-targhīb untuk menimbulkan ḥusn al-ẓan dalam diri pesakit terhadap takdir yang telah ditentukan. Pengkaji mendapati bahawa al-Nursi membawa satu konsep dakwah yang dapat menyumbang kepada pemahaman mengenai dimensi kerohanian penjagaan paliatif yang bersesuaian dengan kehendak ajaran Islam.

Item Type:Article
Keywords:Rasa’il al-Nur; Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursi; dakwah; pesakit akhir hayat; penjagaan paliatif.
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:8996
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2015 08:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page