Aplikasi gaya kepimpinan jurutera Muslim di negeri Melaka

Muhd Akmal Noor @ Buang Rajikon, and Razaleigh Muhamat @ Kawangit, and Rosli Saadan, and Adawiyah Ismail, and Mohd Mazli Mohd Aini, (2015) Aplikasi gaya kepimpinan jurutera Muslim di negeri Melaka. Al-Hikmah, 7 (1). pp. 48-61. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan jurutera Muslim yang terdiri daripada gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik di negeri Melaka. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah pada nilai Alpha Cronbach (0.803). Seramai 340 orang jurutera Muslim berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan rawak mudah (simple randam sampling). Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science 22.0 (SPSS 22.0). Manakala analisis terhadap gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik jurutera Muslim berada di tahap sederhana. Berbeza dengan tahap gaya kepimpinan demokratik ia berada di tahap yang tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik (M=4.5550) adalah lebih dominan diamalkan berbanding gaya kepimpinan autokratik (M=2.7459) dalam kalangan jurutera Muslim di negeri Melaka.

Item Type:Article
Keywords:Gaya Kepimpinan; Jurutera; Jurutera Muslim; Melaka
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:8997
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2015 08:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page