Mohammad Fadzeli Jaafar, (2015) Gaya peralihan kod dalam kesusasteraan multilingual di Malaysia. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (3). pp. 49-57. ISSN 2289-1706
|
PDF
200kB |
Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/
Abstract
Dalam makalah ini, hubungan di antara peralihan kod (code-switching) dan identiti sosial akan dibincangkan. Makalah ini berpandangan bahawa peralihan kod digunakan untuk menggambarkan identiti pengarang dan pembaca. Gejala percampuran kod telah menjadi suatu kelaziman dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Makalah ini akan meneroka (i) pola peralihan kod, dan (ii) fungsi peralihan kod dalam novel terpilih. Analisis peralihan kod dalam makalah ini akan berdasarkan pengkategorian yang dikemukakan oleh Milroy dan Musyken. Hasil kajian menunjukkan bahawa intra-ayat lebih produktif berbanding inter-ayat dalam kesusasteraan Melayu. Penutur lebih cenderung memilih peralihan kod Melayu-Inggeris dalam situasi formal dan akan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam situasi tak formal. Kajian ini mendapati kebanyakan watak dalam novel Melayu adalah dwibahasa dominan, iaitu dominan dalam satu bahasa. Kajian ini telah menyumbang pada pemahaman gaya peralihan kod dalam kesusasteraan multilingual di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peralihan kod ; Identiti sosial ; Realiti berbahas ; Dwibahasa dominan ; Kesusasteraan multilingual |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 9177 |
Deposited By: | Mrs Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 28 Oct 2015 10:01 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page