Teknologi- maklumat- komunikasi dan falsafah : menggunakan transformasi sosio-digital.

Abdul Latif Samian, (2015) Teknologi- maklumat- komunikasi dan falsafah : menggunakan transformasi sosio-digital. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (3). pp. 107-112. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
277kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Sains pengkomputeran bermula dengan masalah, makanya sains komputer pada asasnya adalah kegiatan menangani masalah. Oleh kerana itu, untuk menghasilkan ilmu sains komputer yang keislaman sifatnya perlu kepada Masalah- Akur-Shariah (MAS). Berdasarkan kepada pandangan kefalsafahan ini, proses kreativiti makro dirangkakan. Penyelesaian yang dicipta semestinya diawali dengan niat dan tingkah laku. Daripada proses makrokreatif inilah dapat kita hasilkan paradigma MAS yang menyeluruh. Daripada paradigma MAS pula proses inovasi, iaitu kepelbagaian proses kreativiti mikro menerusi ilmu matematik, dapat dikaji sebagai subset kepada proses kreatif makro. Dalam makalah ini ditunjukkan bahawa pada hakikatnya, tujuan utama menangani masalah teknologi-maklumat-komunikasi daripada perspektif falsafah Islam dan nilai kemelayuan, adalah transformasi niat dan tingkah laku para ahli sains supaya menuruti kehendak Tuhan sepenuhnya, dengan berpandukan kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Item Type:Article
Keywords:Falsafah Islam ; Teknologi maklumat ; Sains Islam ; Anjakan kreativiti ; Nilai Melayu
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:9182
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:28 Oct 2015 09:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page