Catatan dan deskripsi istilah-istilah yang berkaitan dengan sagu dalam masyarakat Melanau

Chong Shin, (2015) Catatan dan deskripsi istilah-istilah yang berkaitan dengan sagu dalam masyarakat Melanau. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (3). pp. 113-120. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Sagu, pada suatu ketika dahulu merupakan penyumbang ekonomi utama negeri Sarawak. Kini perusahaan ini kian ditinggalkan oleh masyarakat Melanau susulan daripada kemerosotan harga dan kekurangan permintaan. Makalah ini telah mendokumentasikan dan menghuraikan istilah-istilah berkaitan dengan aktiviti persaguan di kalangan suku Melanau. Istilah yang dikumpulkan dibahagikan kepada empat kategori, iaitu (1) tumbuhan dan taksonominya; (2) proses penuaian; (3) aktiviti memproses dan produk makanannya; (4) aspek etno-budaya yang berkaitan. Huraian ke atas kelompok istilah persaguan ini dari pelbagai aspek, misalnya linguistik, etimologi, etnografi dan teknologi. Kajian yang dilakukan dengan kaedah wawancara dan observasi langsung mendapati bahawa banyak istilah persaguan tradisional kian dilupakan masyarakat Melanau kesan daripada kemalapan sistem ekonomi ini. Berkemungkinan besar pada generasi akan datang, kata-kata ini berpotensi menjadi kata arkaik dalam pengetahuan Melanau.

Item Type:Article
Keywords:Sagu ; Masyarakat Melanau ; Perusahaan kampung ; Ekonomi Sarawak ; Pertanian tradisional
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu
ID Code:9183
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:28 Oct 2015 09:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page