Uslub dakwah dalam Diwan Imam Shafi'i

Khazri Osman, and Badlihisham Mohd Nasir, and Siti Rugayah Tibek, and Ahmad Irdha Mokhtar, (2015) Uslub dakwah dalam Diwan Imam Shafi'i. Al-Hikmah, 7 (2). pp. 23-39. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
999kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Puisi bukan sekadar bait-bait yang dipersembahkan bagi tujuan hiburan, bahkan mempunyai peranan yang penting dalam dunia dakwah. Ungkapan yang terdapat dalam sesebuah puisi melambangkan pemikiran dan peribadi penciptanya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti uslūb dakwah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfi’ī, salah seorang ulama dan dāᶜi yang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah, usul fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Beliau gigih berdakwah memberi kefahaman kepada umat Islam melalui lisan dan tulisan. Puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai dakwah dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi yang terkandung dalam Dīwān Imam Shāfi’ī dianalisis untuk mengenal pasti uslūb dakwah yang terkandung dalamnya. Hasil kajian ini mendapati antara uslūb dakwah yang terdapat dalam puisi beliau ialah uslūb jenaka, mengelak berdebat dengan orang yang kurang cerdik, berdebat dengan sopan dan membalas keburukan dengan kebaikan.

Item Type:Article
Keywords:uslūb, dakwah, bait puisi, Dīwān Imam Shāfi’ī, sastera
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9385
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2016 04:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page