Kesediaan murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Noraini Bidin, and Zamri Mahamod, (2016) Kesediaan murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 6 (1). pp. 64-76. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
578kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan murid-murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahasa Melayu. Kaedah mixed-method digunakan bagi memperoleh data melalui instrumen soal selidik dan temu bual. Sampel kajian seramai 315 orang dipilih secara sampel bertujuan dari sembilan buah sekolah di daerah Muar, Johor yang berbeza lokasi dan kategori sekolah. Data diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 21 dan secara inferens. Data temu bual dianalisis secara manual berpandukan hasil rakaman ketika temu bual. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan min skor pengetahuan dan kefahaman murid pada tahap sederhana, manakala min skor motivasi intrinsik dan persepsi murid terhadap guru pada tahap tinggi. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi item pengetahuan, kefahaman dan persepsi terhadap guru mengikut jantina, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi intrinsik mengikut jantina. Hasil temu bual terhadap 10 responden mendapati murid mempunyai kesediaan namun murid masih berharap agar sistem peperiksaan dilaksanakan untuk melihat pencapaian murid. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi melihat kesediaan murid dan pendekatan yang harus dilakukan bagi memastikan sistem PBS ini terus dilaksanakan dalam kalangan murid di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Kesediaan murid; Sekolah menengah; Pentaksiran Berasaskan Sekolah; Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9867
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 03:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page