Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, and Abd. Ghafar Don, and Adawiyah Ismail, and Abu Dardaa Mohamad, (2016) Adab Ikhtilaf dalam dakwah Islamiyah. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 148-165. ISSN 1985--6822
|
PDF
705kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Ikhtilaf merupakan lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan bahkan perlu diuruskan mengikut ketetapan syarak. Dakwah islamiah sangat memerlukan kepada adab Ikhtilaf supaya pelaksanaan dakwah sampai, difahami dan dihayati dalam kehidupan masyarakat Muslim. Antara persoalan yang dikenal pasti dalam penulisan ini ialah adakah dakwah islamiah hari ini menepati kehendak adab Ikhtilaf dan bagaimana penerapan adab Ikhtilaf dalam dakwah? Justeru artikel ini bertujuan mengkaji maksud adab Ikhtilaf terutamanya dalam dakwah islamiah dan mengkaji pendekatan yang perlu dalam menjayakan penyebaran Islam secara menyeluruh. Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa masyarakat perlu memahami adab Ikhtilaf dan pemahaman adab Ikhtilaf menjamin kejayaan dakwah pada hari ini. Pendekatan adab Ikhtilaf sangat perlu kepada para pendakwah, pemilihan isi yang tepat, penerapan wasilah semasa dan juga uslub yang bersesuaian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dakwah; Pendakwah; Ikhtilaf; Adab Ikhtilaf; Manhaj; Wasāil; Uslub |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 9950 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2017 07:31 |
Last Modified: | 16 Jan 2017 08:35 |
Repository Staff Only: item control page