Jelani Harun, (2015) Syair Tawarikh Zainal Abidin yang ketiga sebuah Karya Agung Terengganu. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 3-15. ISSN 2289-1706
|
PDF
886kB |
Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/
Abstract
Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) terkenal dalam sejarah kesultanan Terengganu sebagai seorang sultan yang adil dan alim serta membawa kemajuan hidup masyarakat Terengganu sehingga awal abad ke-20. Baginda adalah seorang sultan yang berpegang teguh kepada tradisi kesultanan Melayu, pemeliharaan adat istiadat dan kemuliaan agama Islam sebagai asas kepada baginda dalam mengekang kedatangan pengaruh Inggeris di Terengganu ketika itu. Makalah ini bermatlamat untuk membaca dan menilai kembali beberapa peranan penting yang telah dilakukan oleh Sultan Zainal Abidin III sepanjang tempoh pemerintahan baginda yang banyak terakam dalam sebuah syair yang berjudul Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga hasil nukilan Tengku Dalam Kalthum pada tahun 1936. Isi kandungan syair menjadi catatan-catatan sejarah sosiobudaya tentang nilai, adat istiadat dan agama, serta juga mencirikan sifat-sifat seorang pemerintah yang mempertahankan institusi kesultanan dan budaya hidup Melayu pada zaman kolonial. Di samping itu, kekuatan Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga turut terserlah melalui ketinggian daya kreativiti Tengku Dalam Kalthum dalam menyusun peristiwa dan menyampaikannya secara berkesan melalui 3084 buah rangkap syair yang menarik dibaca. Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga bukanlah sebuah syair yang biasa tetapi memiliki ciri-ciri keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri sehingga boleh diangkat sebagai sebuah Karya Agung Terengganu. Oleh itu, makalah ini bermatlamat untuk membincangkan kekuatan dan kedudukan Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga sebagai sebuah Karya Agung yang pernah lahir dalam sejarah persuratan Terengganu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga; Sultan Zainal Abidin III; Tengku Dalam Kalthum; Karya Agung; Sastera Terengganu Agung; Terengganu |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 8933 |
Deposited By: | Mrs Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 02 Aug 2015 08:30 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page